Latest Entries »

Ini adalah hasil kerja saya yang ke-2 bagi tugasan individu iaitu potfolio gambar yang diedit.

Pada mulanya, idea saya ingin mengetengahkan gambar Menara Berkembar Petronas KLCC yang telah saya tangkap menggunakan kamera telefon bimbit sahaja. Seperti yang diketahui, KLCC adalah salah satu mercu tanda Malaysia. Oleh itu, saya telah memilih tajuk Malaysia dipersada Dunia. Antara gambar yang digunakan seperti berikut:

Bagi menghasilkan kulit buku tersebut, saya telah menggunakan software Photoshop CS5 sahaja. Dan hasilnya seperti berikut:

Mohon beri pendapat anda terhadap hasil kerja saya ini, sekian.

Terlebih dahulu, apabila saya baca daripada wordpress Dr. Rosseni yang menyatakan tentang video daripada kumpulan lain yang boleh dikatakan agak hebat, saya mula berasa takut kerana pada ketika itu video kumpulan saya belum siap sepenuhnya. Namun itu telah mendorong saya serta ahli kumpulan yang lain untuk menghasilkan video yang lebih baik. Kami bertungkus-lumus sehingga saat akhir iaitu beberapa minit sebelum pembentangan bagi tujuan sentuhan terakhir.

Pada permulaan pembentangan, saya mula berasa takut kerana ternyata video kumpulan lain sangat berbeza daripada video kumpulan saya. Setelah pembentangan bermula, gelak tawa daripada rakan-rakan di dalam dewan kuliah semakin rancak. Setelah video tamat, video kami telah mendapat tepukan yang gemuruh daripada seluruh isi dewan kuliah tersebut. Keriangan amat dirasai setelah penat lelah untuk menghasilkan video ini selama seminggu ternyata memberi hasil yang membanggakan. Namun begitu, masih terdapat sedikit penambahbaikkan yang perlu dilakukan terhadap video tersebut. Video tersebut akan dimuat naik di sini yang bertajuk ‘Alahai UKM’.

 

Pada minggu ini, Dr. Rosseni telah mengemukakan satu soalan yang berbunyi:

‘The Current Trends’ defines ‘Technology’ as

  1. A tool used to produce effective teaching.
  2. A method using tools to achieve a certain goal.
  3. A meaningful and harmonious life.
  4. Sophisticated computer and electronic tools.

In my opinion the answer is number 4 because number 1 is the meaning for technology on be half of teacher. Number 2 and 3 are definitely wrong. For me, number 4 is more related to all based on what the question need.

Sekarang telah pun masuk minggu ke-11, seperti yang dikatakan oleh Dr. Rosseni, proses integrasi video seharusnya telah dilaksanakan pada minggu ini. Namun, yang berlaku adalah di sebaliknya iaitu saya dan tiga orang rakan yang lain telah sepakat untuk menubuhkan satu kumpulan lain bagi menghasilkan sebuah video yang baru. Justeru di sini, gerak kerja yang perlu dilakukan dalam menghasilkan video ini baru sahaja bermula dengan proses pencarian idea baru.

Di sini saya ingin memohon maaf kepada Dr. Rosseni atas perkara yang berlaku ini. Namun maklum balas dari Dr. sendiri ternyata positif dan menaikkan semangat saya dan rakan-rakan. Insya-Allah, kami akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan video yang terbaik buat Dr. Rosseni. Tidak lupa juga, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan tutorial yang mana mungkin menimbulkan salah faham dan menyebabkan ada yang berkecil hati. Kami tidak mempunyai niat sebegitu. Kami hanya ingin melancarkan proses pembikinan video ini bagi setiap kumpulan (ahli).

Nota kuliah pada minggu ini berkisar tentang alat bantu mengajar (ICT) terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P). Seperti yang kita tahu, zaman kini telah berubah kepada era teknologi maklumat. Seiringan dengan itu, kerajaan turut ingin mengembangkan penggunaan teknologi maklumat ini ke dalam sistem pendidikan negara. Di sini dapat dilihat pertambahan penggunaan ICT di sekolah pada hari ini. Penggunaan ICT telah banyak membantu para guru dalam proses (P&P). Kelebihan daripada penggunaan ini turut dirasai oleh para pelajar dan guru.

Antara alat bantu pengajar yang boleh digunakan dalam P&P adalah bahan persembahan (Power Point). Modul Power Point yang telah ditunjukkan dapat membantu bagi menghasilkan bahan persembahan yang baik. Di samping itu, aspek CASPER perlu dititikberatkan dalam penyediaan power point tersebut. Aspek CASPER adalah seperti berikut:

Pada kuliah minggu ke-10 ini, kami telah diajar mengenai elemen multimedia seperti bunyi, animasi dan video.

Pertama sekali ialah bunyi. Bunyi merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesebuah multimedia (persembahan). Bukan sekadar mencari dan meletakkan bunyi ke dalam multimedia tersebut. Tetapi terdapat kaedah dan ciri tertentu di sebalik proses meletakkan bunyi di dalam multimedia tersebut. Sebagai contoh tidak saya ketahui bahawa bunyi terdapat dalam bentuk analog dan digital. Di samping itu, proses persampelan iaitu menukar dari bentuk analog kepada digital diperlukan sebelum memasukkan bunyi tersebut ke dalam multimedia. Selian itu, format-format bunyi tersebut juga perlu diambil tahu. Tidak terlepas pandang juga terhadap aspek-aspek penggunaan bunyi di internet.

Yang kedua adalah elemen animasi dalam multimedia. Terdapat pelbagai jenis animasi yang dapat dilihat di internet yang dapat menarik minat para pembaca. Animasi boleh didapati dalam bentuk 2-D dan 3-D yang mana kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Animasi ini bukan sekadar gambar yang bergerak malahan terdapat juga animasi teks dan movie (shockwave). Animasi tersebut hendaklah mempunyai reka bentuk yang menarik.

Yang terakhir adalah elemen video yang tidak jauh bezanya daripada elemen bunyi di dalam multimedia. Proses yang dilakukan dalam memasukkan video ini ke dalam multimedia adalah sama seperti kaedah yang perlu dilakukan ketika memasukkan bunyi. Seperti yang kita tahu, apabila memasukkan video ke dalam multimedia, saiz video adalah salah satu elemen penting yang perlu dititikberatkan. Selain itu, video hendaklah dimampatkan mengikut saiz yang sesuai dengan multimedia tersebut. Proses editing juga hendaklah dilakukan bagi mengelakkan sesuatu video itu mempunyai saiz yang besar. Bagi video di internet, kriteria-kriteria tertentu perlu diambil kira untuk mengelakkan sebarang masalah terhadap multimedia tersebut.

Untuk minggu ini, kami diberi tugasan untuk menyiapkan tugasan individu iaitu mengedit gambar untuk dijadi sebuah hasil, sama ada poster, kulit buku ataupun pamplet. Di sini saya sekadar memilih untuk menghasil poster bagi sebuah event kerana saya merupakan eksekutif publisiti bagi acara di kolej saya iaitu Temasya Gemilang Kolej Keris Mas. Jadi, adakah dibenarkan menggunakan poster-poster yang telah saya hasilkan semasa program tersebut?

Berikut adalah contoh poster yang telah saya hasilkan:

1. Pada mulanya saya telah memilih gambar di bawah untuk diletakkan ke dalam poster.

2. Kemudiannya, saya menggunakan software Photoshop CS5 untuk mengedit gambat tersebut, termasuk menggunakan lasso tool bagi tujuan crop mengikut bentuk gambar.

3. Seterusnya adalah membuka satu lembaran kerja yang baru bersaiz A4 dan meletakkan latar belakang, gambar dan maklumat bertulis.

4. Bagi menambah tarikkan poster saya telah menggunakan beberapa kesan terhadap gambar dan objek dia dalam gambar seperti linear dodge dan soft light terhadap gambar dan stroke dan bevel terhadap maklumat bertulis.

5. Selain itu software Photoscape turut membantu di mana memberi penambahan kesan terhadap bintang dan vegetating effect pada penjuru gambar.

Hasilnya seperti berikut:

Sebelum menghasilkan poster ini menggunakan software tersebut semestinya kita harus mempelajari menggunakannya. Justeru link-link tutorial yang telah dilampirkan oleh Dr. Rosseni amatlah membantu. Terima kasih Dr.

Namun hasil saya mungkin bukat setakat ini sahaja, kerana saya ingin cuba untuk turut mereka sebuah kulit buku dan sebuah kulit majalah. Mungkin boleh dilihat pada post-post akan datang di dalam wordpress ini.

Tugasan yang diberi adalah seperti berikut:

Daripada tugasan yang diberi, saya perlu memahami ‘One-Third Rule in Photography‘.

Bagi saya, kurang sedap untuk sebut istilah ini dalam Bahasa Melayu, jadi saya akan tetap menggunakan istilah tersebut dalam Bahasa Inggeris.

Apakah One-Third Rule???  Ia merupaka sebuah aturan yang paling asas dalam fotografi. Boleh juga dikenali dengan Golden Mean atau Golden Ratio. One-Third Rule menerangkan cara-cara bagaimana untuk meletakkan kedudukan objek di dalam gambar semasa menangkap gambar. Sebenarnya ia bukanlah sebuah aturan tetapi lebih kepada garis panduan untuk seseorang melakukan sesi fotografi. Berdasarkan gambar sebenar di bawah ini.

Di sini dapat dilihat kedudukan objek(orang) berada di tengah. Gambar ini kelihatan OK sahaja kan??? Namun bagaimana pula gambar berikut???

Gambar ini mengikut One-Third Rule, di mana kedudukan objek satu per tiga di bawah dan satu per tiga kiri dari keseluruhan gambar. Gambar ini akan kelihatan lebih menarik daripada gambar sebelumnya, di mana objek lebih terselah.

Untuk lebih lanjut seperti di bawah, gambar kiri (tidak mengikut One-Third Rule) manakala gambar kanan (mengikut One-Third Rule)

Gambar di sebelah kanan kelihatan lebih menarik, bagaimana anda pula???

Tips, sewaktu menangkap gambar, bayangkan garisan seperti gambar di bawah. kemudian, letakkan objek anda di garisan bersilang  tersebut, dengan ini objek anda berada di kedudukan satu per tiga dari keseluruhan frame gambar anda.

Mood: sangat gembira dapat mempelajari One-Third Rule ini kerana saya dapat menghasilkan gambar yang lebih menarik.

Daripada post “Week 8: Instructional Design of Video Production”, saya berasa hairan pada mulanya kerana tiada nota untuk dibaca. Apabila diteliti post tersebut, hanya terdapat 2 contoh laporan perancangan projek video dan 3 buah video. Ini kerana Dr.Rosseni memberi kami ruang utk menyiapkan projek kumpulan, iaitu penghasilan sebuah video. Beliau telah melampirkan 3 buah video terbaik yang boleh dijadikan contoh.

Pada pendapat saya, video pertama yang bertajuk “The Machine is Us” bertujuan kepentingan dan kelebihan mesin dalam kehidupan kita. Penggunaan teknik untuk menerangkan maklumat kepada penonton hanya menggunakan visual semata-mata tanpa sebarang percakapan. Bukan senang untuk menerangkan sesuatu tanpa sebarang bunyi, justeru visual yang digunakan haruslah berkesan. Penerangan dan penulisan teks dalam video adalah kreatif di mana mereka menggunakan melalui handwriting dan computer typing. Namun begitu, computer typing dipelbagaikan situasinya. Ini membuat video bertambah menarik. Tetapi bagi saya, masalah terhadap video tersebut adalah kelihatan agak kecelaruan, mungkin kerana video tersebut agak laju dan saya memerlukan masa untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan.

Sementara itu, video “A Vision of Students Today – Creating Human Network in Africa” di mana menerangkan bagaimana kehidupan masyarakat di Africa. Video ini lebih menfokuskan ke arah pendidikan di Africa dan kejayaan anak-anak tempatan di sana. Dengan keadaan kehidupan mereka yang serba kekurangan dan naif, banyak memberi ikhtibar kepada kita. Ini menunjukkan mesej yang ingin disampaikan melalui video ini tercapai. Di mana mereka hanya menunjukkan video mengenai kehidupan masyarakat di Africa sambil diselang seli dengan video temu ramah yang dijalankan. Ini menunjukkan penontonlagi terasa kesedaran daripada mesej yg ingin disampaikan.

Dan video yang ke-3 ialah “A Vision of Students Today – Web 3.0”. Melalui video ini, pemahaman yang boleh diperolehi ialah visi para pelajar pada abad ini dan mesej yang mereka ingin sampaikan. Mereka mempunyai visi mereka sendiri di era moden ini, di mana mereka mahukan sesuatu yang baru dan kelainan seperti perkembangan teknologi pada masa kini. Namun begitu, ini membawa mereka kepada hiburan melebihi tugas mereka iaitu belajar. Semua ini kerana pembelajaran yang berlaku membosankan. Namun teknik video digunakan senang sahaja iaitu cuma rakaman semata-mata. Namun kreativiti menyampaikan mesej dengan menulis di tempat-tempat yang menarik agak unik di samping mengguna suasana kuliah untuk setiap pelajar menyampaikan msj mereka.

Pada amatan saya, video yang paling saya minati ialah video ke-3 iaitu simple & kreatif. Babak yang paling menarik ialah apabila mesej ditulis di dinding dengan perkataan “If these walls could talk, what would they say?”. Ini mengimbas kembali ke zaman kanak-kanak dan persekolahan dengan berfikiran curious dan menconteng di mana sahaja yg disukai. Secara keseluruhannya kesemua video ditunjukkan adalah menarik. Adakah saya mampu menghasilkan sebaik ini? Insya-Allah saya akan cuba, kita akan cuba.

Berikut merupakan antara video yang saya minati. Maxis Facebook Mobile, kelihatan ringkas, comel, menarik & kreatif

Week 7 Reflection

Information Skills Process itu adalah tajuk kuliah minggu ke-7. Berdasarkan kuliah ini, saya dapat mempelajari cara-cara untuk memproses maklumat dari awal hinggalah akhir. Pada mulanya, saya tidak pernah terfikir tentang betapa pentingnya menggunakan kaedah yang betul dalam memproses sesuatu maklumat. Selama ini apabila diberikan suatu maklumat, saya akan terus membaca dan cuba untuk memahaminya. Namun begitu terdapat kemahiran-kemahiran tertentu dalam memproses maklumat tersebut mengikut urutan yang betul. Dengan ini akan mempermudahkan kita menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat tersebut.

Terdapat lapan aturan dalam memproses suatu maklumat iaitu mendefinisikan tugasan, mengenalpasti, penilaian, pemilihan, perkembangan, mengorganisasi, mempersembahkan dan membuat refleksi. Daripada setiap langkah yang digunakan mampu meningkatkan kualiti maklumat yang diproses. Kesimpulannya, kemahiran dalam memproses maklumat adalah penting dalam kehidupan setiap insan terutamanya seorang pelajar.

Week 6 Reflection

Pertama sekali saya ingin memohon kemaafan atas keterlewatan untuk membuat post refleksi minggu ke-6 dan yang seterusnya disebabkan kesibukan kehidupan di kolej/kampus. Saya akui ini adalah kelemahan saya kerana tidak bijak menguruskan masa sebaik mungkin.

Pada minggu ke-6, kuliah yg disampaikan adalah bertajuk, ‘IT Development – Camera shots for video productions’.

Daripada nota kuliah tersebut, pelbagai ilmu yang saya baru tahu tentang cara-cara mengambil gambar. Pada sebelum ini, saya sekadar tahu shots “Potrait, Landscape & Close Up”, namun pada hal sebenarnya banyak lagi jenis shots yang boleh dilakukan. Antara jenis-jenis shots yang ada ialah Extreme Wide Shot, Very Wide Shot, Wide Shot, Mid Shot, Medium Close Up, Close Up, Extreme Close Up, Cut In, Cutaway, Two Shot, Over Shoulder Shot, Noddy Shot, POV and Weather Shot. Di sini menunjukkan jelas bahawa pelbagai jenis shots yang baru saya pelajari. Oleh itu, selepas ini shot yang saya lakukan boleh dipertingkatkan lagi dan tiada lagi istilah “tangkap jer”. Dengan pelbagai jenis shots ini juga membuat gambar tersebut bertambah menarik dan meningkatkan unsur-unsir kesenian serta estetikanya. Justeru bersesuai dalam penghasilan dalam sesebuah video.

Sebagai tambahan, dalam nota “Basic & Post Photography” pula menerangkan dengan lebih lanjut tentang photography iaitu bermula dari asas sesebuah gambar sehinggalah gambar tersebut berjaya diedit sepenuhnya. Saya sangat tertarik pada bahagian Lighting, di mana saya berpendapat “no lighting, no photography“. Mengapa? Kerana dalam perkataan photography pun mempunyai perkataan photo, ini bermakna cahaya adalah unsur asas dalam photography. Pencahayaan yang baik akan dapat menghasilkan gambar yang baik. Selain itu, saya mendapati Picasa adalah salah satu software yang bagus dalam mempamerkan, mengubahsuai dan menguruskan gambar. Dengan ini, lagi mempermudahkan urusan kita dalam melaksanakan urusan proses yang berkaitan. Penerangan mengenai unsur-unsur penting dalam sesuatu gambar tersebut amat berguna kerana ia mengajar kita untuk menghasilkan sebuah gambar yang lebih baik & berkualiti.

Sebagai kesimpulan, kuliah pada minggu ini memberi banyak maklumat berguna kepada saya dalam photography. Dengan ini, dapat membantu saya menambah pengetahuan saya serta memperbaiki photography yang saya laksanakan. “Fotografi mampu merekod memori indah”